Jumaat, 23 Januari 2009

~..Ukhwah yang dibina antara kita, Biarlah seperti seutas tasbih, Ada awal, Tiada penghujungnya, Dicipta untuk mengingatiNYA, Dibahagi untuk

BENARKAH GENATIK MEMPUNYAI KAITAN DENGAN PERSONALITI SESEORANG?

Oleh:
Norazimah Ibrahim
Bahagian Perkhidmatan Psikologi, JPA



Separuh daripada pengaruh terhadap personaliti disebabkan oleh:

Pengalaman individu

Pengaruh sosio budaya

Pengaruh Genatik

Ahli-ahli psikologi berpendapat pengaruh genatik adalah pengaruh yang amat kuat.



Gen yang diwarisi semasa persenyawaan (fertilization) berpengaruh terhadap perkembangan individu.

Contoh: Penyakit yang diperolehi semasa lahir akan mempengaruhi tingkahlaku individu.

Faktor berkaitan dengan tubuh badan seperti ketinggian, berat badan dan warna kulit turut mempengaruhi personaliti seseorang.



Terdapat tiga jenis bentuk badan yang disesuaikan dengan bentuk personaliti iaitu:



Bentuk Badan/ Personaliti

Gemuk dan bulat
Periang, suka bergaul, suka jamu makan dan tenang


Tegap, keras dan kuat
- Tegas, bertenaga, agresif dan berani



Kurus, tinggi dan lembut
Pendiam, tidak suka bergaul, beremosi, introversi, pemalu dan cerdik.

(Rujukan: Penghantar Psikologi: Mahmoud Nazar)

Orang yang mewarisi penyakit selalunya kurang sihat dan tidak mampu melakukan sesuatu tugas dalam keadaan tertentu. Kekurangan yang ada dalam diri menjadikan mereka pemalu, pendiam, mudah marah, menarik diri daripada aktiviti sosial, suka bersendirian dan jarang bersosial.



Gen yang wujud seperti kecerdasan turut mempengaruhi personaliti seseorang. Individu yang taraf akademik yang baik mempengaruhi keyakinannya dan seterusnya dapat membentuk personaliti yang positif. Sebaliknya individu yang kurang cergas selalunya kurang yakin diri. Individu akan mempunyai personaliti sebalik daripada individu di atas.



Gen yang diwarisi yang membentuk fizikal yang menarik seperti kurus, berkulit cerah dan berwajah cantik/ tampan memberi keyakinan yang tinggi kepada individu untuk berketrampilan lebih baik.



Pengaruh genatik tidak dapat disisihkan dalam mempengaruhi personaliti tetapi harus diingat pengaruh lain turut mendominasikan seseorang seperti pengalaman individu dan pembelajaran yang diperolehi sepanjang hidup. Keadaan ini yang membezakan antara manusia walaupun genatik nya dari keturunan yang sama

Tiada ulasan: