Seketika selesai solat Subuh... hati berdebar-debar. Sesekali terasa
sesak... nafas terasa agak sukar untuk dilepaskan. Selesai solat, mata
memandang ke langit... masih gelap tanpa sinaran mentari. Suasana sunyi
sepi... tanpa suara. Seolah-olah alam berada dalam keadaan vakum. Beku dan
kaku!
Nafas turun naik... masih sesak. Ajal sudah hampir? Mengucap!!! Asyhadu alla
ilaha illallah... wa asyh hadu anna muhammadar rasulullah.... Ya Allah,
tempatkan saya di tempat yang mulia.
15 minit berlalu... juga tanpa suara... Alhamdulillah, nafas masih mampu
dilepaskan....bergiliran secara tertib menyedut oksigen... cukup melegakan!
Alhamdulillah... hidup dapat diteruskan...
Bertafakur seketika... hati terdetik... Siapa? Ada tetamu akan hadir???
Siapa??? Mata memandang tepat ke taqwim Hijriyyah. Ya... Ramadhan akan
hadir...
Ya Allah... itu tetamuku...tetamu yang kutunggu dan kunantikan... bukan
sahaja saya.. tapi semua...
Ya, SEMUA MU'MIN.
Apa yang disediakan untuk menyambut tetamu mulia kali ini? Tak perlu
perbaharui perabut... tak perlu baju baru... tak perlu disediakan makanan
yang enak...
Tapi bersediakah yang bergelar mu'min ini menyambutnya dan melayan tetamu
kali ini dengan amalan-amalan yang soleh... amalan para ambiya' dan muslimin
yang awaail daripada kalangan para Sahabat dan Tabi'in.
JUGA...
Hati terdetik... Di mana Quran? Mampukah yang bergelar mu'min
membaca...memahami dan beramal terutamnya di bulan mulia ini dengan segala
panduan yang Allah berikan buat hamba-Nya menelusuri jalan dunia ini...??
Atau mungkin sekadar dijadikan hiasan?? Atau mungkin sudah berhabuk mashaf
itu ??? Atau mungkin tidak tahu , dimanakah kali terakhir mashaf itu
disimpan..??
Mentari mula menzahirkan diri... sinarnya bisa menerangi seluruh alam...
Tapi, alangkah sayang nya sekiranya kesilapan semalam diulang lagi untuk
hari ni... dan hari-hari yang mendatang. Moga-moga kedatangan tetamu mulia
kali ini disambut dengan sebaik-baik sambutan.
Air mata keinsafan mengalir lagi... Segera diseka.
Ya....masih banyak urusan yang perlu diselesaikan.....
Wallahua'lam
Wassalamualaikum
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
-
Kali pertama saya membaca hadis ini, saya adalah seorang pelajar Syariah.
Perhatian kami tertumpu kepada konotasi fiqh riwayat ini bahawa seorang
yang lebi...
Sehari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan