Isnin, 13 Oktober 2008

CIRI CIRI SUAMI PILIHAN


KASIH manusia sering bermusim, sayang manusia tiada abadi.
Kasih Tuhan tiada bertepi, sayang Tuhan janji-Nya pasti.
ITULAH sedikit dari bait2 lagu Raihan. Lantaran kasih manusia yang sering bermusim dan sayangnya yang tidak kekal lama, kita perlu sentiasa berwaspada terutamanya dalam memilih pasangan. Andainya sedikit daripada cinta itu hendak diberi pada seseorang yang boleh digelar suami, secara ringkas pilihlah seorang lelaki yang…
1-Kuat agamanyaBiar sibuk sekalipun, solat fardu tetap terpelihara. Utamakanlah pemuda yangkuat pengamalan agamanya. Lihat saja Rasulullah menerima pinangan SaidinaAli buat puterinya Fatimah. Lantaran ketaqwaannya yang tinggi biarpun diapemuda paling miskin. Utamakanlah pemuda yang jujur membimbing dan memelihara iman anda.
2-Baik akhlaknyaKetegasannya nyata tetapi dia lembut dan bertolak-ansur hakikatnya. Sopantutur kata gambaran peribadi dan hati yang mulia. Rasa hormatnya pada wargatua ketara.
3-Tegas mempertahankan maruahPernahkah dia menjengah ke tempat-tempat yang menjatuhkan kredibiliti danmaruahnya sebagai seorang Islam?
4-AmanahJika dia pernah mengabaikan tugas yang diberi dengan sengaja ditambah pulasalah guna kuasa, lupakan saja si dia.
5-Pemurah tetapi tidak borosDia bukanlah kedekut tapi tahu membelanjakan wang dan harta dengan bijaksana. Setiap nikmat yang ada dikongsi bersama mereka yang berhak.
6-Tidak liar matanyaPerhatikan apakah matanya kerap meliar ke arah perempuan lain yanglalu-lalang ketika berbicara. Jika ya jawabnya, dia bukanlah calon yangsesuai buat kamu.
7-Terbatas pergaulanSebagai lelaki dia tahu dia tidak mudah jadi fitnah orang, tetapi dia tidakmengamalkan cara hidup bebas.
8-Rakan pergaulannyaRakan2 pergaulannya adalah mereka yang sepertinya. Sebaik-baik teman adalah teman yang soleh.
9-BertanggungjawabRasa tanggungjawabnya dapat diukur kepada sejauh mana dia memperuntukkandirinya untuk ibu bapa dan ahli keluarganya. Jika ibubapanya hidup melarat sedang dia hidup hebat, nyata dia tidak bertanggungjawab.
10-Tenang wajahApa yang tersimpan dalam sanubari kadang2 terpancar pada air muka. Wajahnyatenang, setenang sewaktu dia bercakap dan bertindak.Berbahagialah kamu jika diintai calon yang demikian sifatnya

Tiada ulasan: