Jumaat, 23 Januari 2009

masa ayat Al Qur'an turun hal mengharamkan arak...semua saya dengan Iman yang mantap telah membuang air arak...
hal BN yang dari tahun lalu telah adakan kandang bab* di negara ini...satu hal sama dengan air arak yang banyak di zaman quraish masih jahiliah...Cuma bila Islam muncul amaka hal ini telah dihapuskan semuanya...

maka tidak timbul persoalan nak meringankan akan dosa ternak bab* ini seperti ayat ayat ini yang mengharamkan bab*


Surah Al Maidah 5:3

Diharamkan ke atas kamu bangkai, darah dan daging khinzir


Allah swt telah berfirman :

"Katakanlah: "Tiadalah aku perolehi dalam wahyu yang diwahyukan kepadaKu, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya, kecuali kalau makanan itu bangkai, atau darah yang mengalir atau daging bab* - kerana Sesungguhnya semua itu kotor - atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam Keadaan terpaksa, sedang Dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, Maka Sesungguhnya Tuhanmu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". (Al-An'am : 145)

Ayat 168 Al Baqarah:

Hai manusia, makanlah yang Halal serta baik (Halalan Thoiyiban), dari apa yang terdapat di bumi dan janganlah kamu mengikuti langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu.
Ayat 173 Surah Al Baqarah:

Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging bab* dan binatang yang ketika disembelih disebut nama selain Allah**. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa memakannya sedang ia tidak menginginkannya dan tidak pula melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ayat 145 Surah Al-An’am
Katakanlah: Tiada aku perolehi dalam wahyu yang diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya kecuali kalau makanan itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging bab*, kerana sesungguhnya semua itu kotor, atau binatang yang disembelih atas nama selain Allah. Barangsiapa yang dalam keadaan terpaksa sedang dia tidak menginginkannya dan tidak pula melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhanmu Maha pengampun lagi Maha Penyayang.
Hadis sahih Muslim jilid 1 No. 127.

Dari Abu Hurairah .a katanya Rasulullah saw. Bersabda “Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya telah dekat masanya Isa Ibnu Maryam akan turun di tengah-tengah kamu. Dia akan menjadi Hakim yang ADIL, akan dihancurnya salib, dibunuhnya bab*/khinzir, dihapuskannya pajak, dan kekayaan akan melimpah ruah (ma’mur) sehingga tidak seorang pun lagi bersedia menerima pemberian”
Hadis No. 1550 sahih muslim jilid 2
Dari Jabir bin Abdullah .a katanya dia mendengar Rasulullah saw. Bersabda di tahun penaklukan Makkah dan ketika itu dia berada di makkah, sabdanya “sesungguhnya Allah dan RasulNya telah mengharamkan jual khamar/arak, bangkai, bab* dan berhala” lalu ditanya orang akan baginda “Ya, Rasulullah, bagaimana hukumnya lemak yang terdapat dalam bangkai? Kerana lemak itu digunakan orang untuk gemuk perahu, untuk meminyaki kulit, dan untuk menyalakan lampu.” Maka bersabda baginda, “Tidak boleh, itu haram, kemudian bersabda pula baginda “Kerana lemak itulah Allah taala mengutuk orang yahudi. Allah telah mengharamkan atas mereka lemak bangkai, tetapi mereka mengolahnya jua. Kemudian mereka menjual, dan hasilnya penjualannya itu mereka makan”
Hadis no 2127 sahih Bukhari jilid 5
Jabir .a berkata “Nabi saw. Mengharamkan menjual bab*
No.2128 hadis sahih bukhari jilid 5
Dari Qutaibah bin said , katanya “kami diberitahu oleh al Laits dari Ibnu Syihab dari Ibnu Musayyab bahawasanya ia mendengar Abu hurairah .a berkata “Rasulullah saw. Bersabda “Demi Dzat Allah yang jiwaku ada di dalam gengamanNya, niscayalah pasti hampir sekali bahawa putera Maryam (yakni Nabiyullah Isa Al masih) turun dikalangan kamu semua. Ia bertindak sebagai Hakim (pemberi keputusan segala macam persoalan) lagi pula bersifat ADIL. Ia akan mematahkan palang salib yangdianggap suci oleh kaum nasrani), membunuh bab* (yakni menyuruh seluruh pengikutnya agar melenyapkan semua bab*, juga bab* hutan sampai habis sama sekali, membebaskan pajak gadai untuk seluruh kaum muslimin, sebab suatu Negara yang berasaskan Islam memang tidak memberi beban yang berupa pajak dalam bentuk apapun kepada umat Islam) dan meluaplah harta kekayaan (sebab mendapatkan keberkahan dari Allah Taala) sehingga tiada seorangpun yang suka menerimanya (sebagai sedekah)


apa sepatutnya tindakan yang PR ambil bila membaca ayat al qur'an akan pengharaman bab* serta apa tindakan PR bila membaca akan kebaikan menternak Kuda....Rusa....Seladang untuk sumber protin bagi rakyat selaras dengan matlamat ke 3 dasar kepelbagaian Biologi Negara yakni membekalkan sumber protin Halal kepada rakyat....
cuba baca artikel akan kejayaan doktor ini menternak rusa di lenggong Perak

Daging Rusa (dingin beku) RM25-RM28 sekilogram
Daging Rusa Segar RM28-RM38 sekilogram
Velvet Antler basah RM50-RM400 sekilogram
Rusa Jantan/betina pembiak(usia enam bulan) RM900-RM1000
Rusa berusia 18 hingga 24 bulan sesuai untuk disembelih RM1800-RM2500
Musim beranak Bulan Oktober hingga Januari
January February
Daging Rusa memang enak dimakan tetapi sukar diperolehi memandangkan ia merupakan binatang liar yang dilindungi oleh Jabatan PERHILITAN 9sejak tahun 1972) atau nama lamanya ialah Jabatan MERGASTUA,

Meskipun pemburuan rusa hanya dibuka pada bulan 11 setiap tahun tetapi permintaan tinggi dari hotel dan restoran bertaraf 5 bintang begitu tinggi menyebabkan berlaku juga pemburuan tanpa permit . Penguatkuasaan adalah tugas Jabatan PERHILITAN.

*harga semasa bulan 4/ 2007.
Permit Khas KPM49
Section 51

Fakta: Ladang Ternak di Jabatan Haiwan dan Penternakan Lenggong, Perak

Melihat permintaan tinggi, kerajaan telah mengambil langkah menternak rusa Sambar/ rusa tempatan secara ladang bermula dari tahun 1977 di Perak
Sejak itu populasi rusa bertambah dengan cepat iaitu daripada 300 ekor pada tahun 1986 meningkat kepada 3,600 ekor pada tahun 1991 diikuti 10,000 ekor pada tahun 1998, 11,000 ekor pada tahun 2003 dan 15,000 ekor ketika ini ( bulan 4 /2007).

Daripada 15,000 ekor rusa yang diternak, sebanyak 85 peratus merupakan rusa jenis Timur (Sumatra), manakala selebihnya dari jenis Chital (Axis), Merah, Fallow dan Sika.

Selain rusa sambar yang berasal dari Negara ini, rusa jenis lain diimport dari Mauritus, New Caledonia, Australia, New Zealand dan Indonesia.
Sebanyak 60 peratus daripada ternakan rusa diusahakan oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH). Selebihnya oleh ladang swasta, perseorangan dan agensi lain seperti Institut Penyelidikan dan kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), Jabatan PERHILITAN, PORIM (sekarang Lembaga Minyak Sawit Malaysia, MPOB) dan Universiti Putra Malaysia.

Antara ladang ternakan rusa terbesar di Negara ini ialah yang terletak di Pusat Ternak Haiwan Lenggong, Perak dengan keluasan 200 hektar.
Pusat tersebut memulakan usaha penternakan rusa pada September 1989 di Behrang Ulu sebelum berpindah ke ladang baru di Lenggong pada 2000.

Menurut Pengurus Pusat Ternakan Haiwan Lenggong, Dr Rafiah Aini, rusa bukan satu-satunya haiwan liar yang diternak di ladang tersebut kerana terdapat juga kancil, landak, burung merak, zirafah dan pelbagai jenis unggas.
Beliau berkata , rusa bagaimanapun diberi tumpuan dalam penyelidikan dan pembangunan (&D) di pusat ini kerana potensinya untuk dikormersialkan memandangkan rusa mempunyai banyak khasiat pemakanan dan kegunaan daripada daging sehingga tanduknya.

Produk

Hasil &D yang dijalankan sejak beberapa tahun lalu, kita Berjaya mengeluarkan pelbagai jenis produk makanan berasaskan rusa seperti pau, pekasam, dan karipap.
Tanduk rusa yang tidak boleh di makan pula boleh dijadikan barang perhiasan wanita, sarung keris, dan pemegang kunci.


Janagan terkejut, tanduk rusa atau velvet Anthler apabila diproses menjadi serbuk amat berkhasiat dijadikan makanan kesihatan, katanya.

Kajian membuktikan bahawa Velvet Anthler cukup berkesan untuk meninggikan jumlah kandungan darah dan kiraan ferum; memberikan tenaga kesihatan yang lebih baik kepada pengidap sakit buah pinggang, gastrointestinal, kurang tekanan darah dan anemia; meningkatkan kadar penyembuhan; mengurangkan asma dan meningkatkan kesuburan khususnya bagi lelaki yang mengalami masalah.

Dr Rafiah, memberitahu, kulit rusa pula sesuai digunakan untuk membuat beg, kasut dan baju selain diproses menjadi keropok kulit rusa yang enak dimakan.

Kajian mendapati keropok kulit rusa mempunyai khasiat kesihatan kerana ia boleh memanaskan badan seterusnya mengurangkan lemak dan kolestrol.

Pusat Ternak Haiwan Lenggong Perak ini sudah Berjaya menternak tiga jenis rusa iaitu Rusa Timur ( Timorensis) yang berjumlah 1,031 ekor, diikuti Axis 126 ekor dan Sambar 58 ekor.

Haiwan ini diasingkan kepada tiga kumpulan iaitu rusa pembiak, anak rusa dan rusa jantan dewasa yang sedia untuk di sembelih (sekitar usia 18 bulan).
Hanya rusa jantan disembelih untuk dijual, manakala rusa betina dipelihara untuk tujuan melahirkan baka.
Menurut Dr Rafiah Aini, kumpulan rusa pembiak terdiri daripada rusa betina berusia dua tahun ke atas dan jantan berusia empat tahun ke atas. Kumpulan ini dibiarkan tinggal bersama bagi menggalakkan mereka mengawan dan melahirkan anak.

Biasa kita menempatkan 10 ekor Rusa jantan bersama 100 ekor Rusa betina, mengikut kajian Seekor Rusa jantan mampu mengawan dengan 40 ekor Rusa betina
Musim mengawan berlaku bila tanduk Rusa jantan menjadi keras, Musim beranak Rusa betina antara bulan Oktober hingga Januari kerana tempoh rusa bunting adalah 8 bulan.
Rusa jantan yang berusia 18 bulan ke atas sedia untuk disembelih.
Rumput jenis Guinea dan Decumbens yang diimport dari Australia dan Thailand sesuai untuk pemakanannya
Garam mineral blok serta kulit jagung menambahkan serat dalam pemakanan rusa. Sebanyak 20 kilogram rumput diberikan kepada sekumpulan rusa ternak setiap hari
Penyakit seperti trypanosomiasis dan kecederaan akibat berlawan sesama sendiri khususnya melibatkan rusa jantan ketika musim mengawan
Rusa yang sakit akan di rawat di klinik kesihatan yang bercantum dengan tempat penyembelihan

Rusa perlu menjalani pemeriksaan darah, tahap kecacingan, diberi antibiotic, vitamin dan lain-lain ubatan

Rusa yang diternak di kawasan bukit, dagingnya lebih bermutu tinggi, kerana aktiviti turun naik bukit memberikan senaman kepada rusa ini, menurut Dr Rafiah Aini.

Tiada ulasan: