Antara debar dan derap perjuangan, peluh mula mengalir meracik kesabaran... Masih belum mengertikah sahabatku? Segala cinta dusta dan buta, kecuali cinta kepada Si Pencipta...DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali, harapnya tidak dengan cinta yang keciciran dan hilang...Ketika meranduk sungai cinta yang palsu....Mudah benar kau tertipu wahai sahabat, dengan fatamorgana yang kau kejar dari kejauhan, hilang apabila hampir. Kau ditipu nafsu; lalu kau hamburkan perkataan sia-sia, lupa segala yang kau ucapkan, bakal menjadi saksi di mahkamah Tuhan Maha Adil.'Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang beriman. Padahal orang-orang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendakiNya tanpa batasan'(2:212)
Esok mungkin kau dihidupkan lagi, atau mungkin kau sudah tiada...mahukah lagi mencabar Tuhan?sedangkan maut sentiasa mengintai, dicelahan Qada dan Qadar.Usahlah terus tertipu, menjadi pengucap kata yang sia-sia atau pelanggar hukum Allah yang setia...kerana kau tidak mengetahui, bila maut akan menerkam.Kau sudah lama benar tertipu duhai sahabat, lupakah kau pada kata-kata Ruhul Qudus, Jibril as kepada Rasulullah, 'cintailah segala yang kau miliki semahumu, akhirnya kau terpaksa berpisah dengannya.' Gengamlah tanganku ini, kita lestarikan cinta yang lama terkubur...Marahkah dikau sahabat, andaiku cuba mengajak kepada yang makruf? Mengertilah,aku tidak lagi mampu bersabar,bimbang... esok bukan lagi hari yang dijanjikan buatmu...kerana aku benar-benar mencintaimu, cinta kerana Si Pencipta....* Hafez Iftiqar merupakan salah seorang penulis jemputan iLuvislam. Kini menuntut di Monash University, Australia dalam bidang perubatan.
Mazhab (Sosiologi) Pendidikan: Punca Kita Sukar Sependapat
-
Pendahuluan Mengapa perbincangan tentang pendidikan sering kali menimbulkan
perbezaan pendapat? Sudah tentu, ini bermula daripada perbezaan di antara
penda...
2 hari yang lalu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan