Selasa, 22 Disember 2009

T-SHIRT PMIUPM


klik pada image untuk besar

salam....

kepada sahabat2 pmiupm sekalian yang berminat ingin memiliki t-shirt pmiupm

anda boleh membuat tempahan di KEDAI PMI(SERI SERDANG) bersebelahan kedai MAGNA selewat-lewatnya pada 12 JANUARI 2010


Dapatkan t-shirt muslimah pmiupm dengan segera...harga

RM28 sahaja muslimah & .RM25 utk muslimin

sila beri nama, kolej (bilik), no fon dan saiz baju (standard)beserta deposit RM15/- bagi yang berminat...

-Kain 100% cotton
-design cute
-Harga berpatutan
-berkualiti

HEBAH-HEBAHKAN KEPADA SAHABAT2 ANDA!!!...
JANGAN LEPASKAN PELUANG
SIAPA YANG TAK BELI DIA YANG RUGI.........
SAPA CEPAT DIA DAPAT!!!!..

Ahad, 13 Disember 2009

Kisah teladan-MIMPI SEORANG NABI

Abu Laith as-Samarqandi adalah seorang ahli feqah yang terkenal. Beliau pernah mendengar satu cerita daripada ayahnya tentang mimpi yang dialami oleh seorang nabi. Mimpi seorang nabi adalah wahyu Allah kepada nabi terbabit.

Dalam tidurnya nabi itu bermimpi menerima perintah : “Esok egkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke sebelah barat. Engkau dikehendaki berbuat : pertama, apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah. Kedua, engkau sembunyikan. Ketiga, engkau terimalah. Keempat, jangan engkau putuskan harapan dan kelima, larilah engkau daripadanya”.

Pada keesokan harinya, nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke sebelah barat, seperti mana yang diarahkan. Kebetulan perkara pertama yang dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Sambil kebingungan beliau berkata “Aku perintahkan memakan benda yang pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan”. Nabi itu meneruskan perjalanan mendekati bukit itu. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebuku roti. Maka nabi itu pun mengambil dan memakannya. Bila ditelan rasanya sungguh manis bagaikan madu. Kemudian dia meneruskan perjalanan dan bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan. Lantas nabi itu pun enggali sebuah lubang lalu ditanam mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali brturut-turut. Maka nabi itu berkata : ‘aku telah melaksanakan perintahmu’. Lalu nabi itu pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika meneruskan perjalanan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengar burung kecil itu berkata : ‘Wahai nabi Allah, tolonglah aku. ‘mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan memasukkan ke dalam bajunya. Melihat keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri nabi itu sambil berkata : ‘wahai nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dan rezekiku’.

Nabi itu teringatkan pesanan dalam mimpinya iaitu tidak boleh putuskan harapan. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pahanya dan memberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan terbang bebas. Perjalanan diteruskan lagi. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk. Maka nabi itu terus lari meninggalkannya kerana tidak tahan bau busuknya.

Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka nabi itu pun kembali ke rumahnya. Pada malam itu dia berdoa : ‘Ya Allah, aku telah melaksanankan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu dalam mimpiku. Maka jelaskanlah erti semuanya itu’.

Dalam mimpinya kali ini beliau telah diperjelaskan setiap perkara tentang pengalaman yang dilaluinya oleh Allah Ta’ala. ‘Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit, tetapi pada akhirnya jika besabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua, semua amal kebaikan (budi) walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga, jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianatinya. Keempat, jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuk membantunya meskipun engkau sendiri berhajat. Kelima, bau busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang), maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah’.

Yakinlah setiap suruhan Allah ada hikmahnya kepada manusia. Begitu juga setiap tegahan-Nya ada rahsia tersendiri. Lakukanlah segala suruhan-Nya dan tinggalkan segala larangan-Nya dengan hati yang ikhlas demi mengharapkan keredhaan daripada-Nya. Pasti di sana nanti akan terserlah sagala kebaikannya.
Hujung tahun ni banyak sungguh jemputan kenduri....alhamdulilah sahabat-sahabat yang ku kasihi akhirnya dapat melaksanakan sebahagian dari tuntutan agama....

TAHNIAH BUAT :

KAK DILA DENGAN ABANG AZARUL
KAK KARTINI DENGAN ABANG AMIR
KAK HARTINI DENGAN ABANG RUSTAM
JUNAIDAH DENGAN PASANGANNYA
K.NISAK DENGAN PASANGANNYA
IQBAL DENGAN PASANGANNYA
ROHAYU DENGAN PAsANGANNYA

DAN SAHABAT2 LAIN YANG TIDAK ANA SEBUT DISINI...

kepada sahabat2 yang bakal menyusul, semoga kalian dapat menempuh ujian disepanjang jalan sebelum bertemu dengan tarikh keramat dalam khidupan...
jagalah hati....kerana dengan hati dapat merosakkan apa yang dipamerkan luaran....
ingatlah semua yang berlaku bukan kita yang merancang tapi TUHAN sekalian alam...
jauhkanlah hati kita dari dipengaruhi sikap mazmumah...tp suburkan lah dengan sifat mahmudah...

semoga kalian dapat bertemu apa yang dicari2...amin..

~LIRIK RABITAH HATI~

Sesungguhnya engkau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naugan cintamu
bertemu dalam ketaatan bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan (2X)

kuatkanlah ikatannya kekalkanlah cintannya
tunjukkilah jalan2nya terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
ya Rabbi bimbinglah kami

lapanglah dada kami dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padamu
hidupkan dengan makrifatmu
matikan dalam syahid di jalanmu
engkaulah pelindung dan pembela (2X)

kuatkanlah ikatannya kekalkanlah cintannya
tunjukkilah jalan2nya terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
ya Rabbi bimbinglah kami (3x ulang)

Ahad, 29 November 2009






Selasa, 24 November 2009

Terima Keputusan 5A UPSR Depan Jenazah Ibu

Bernama


Tidak seperti murid Tahun Enam lain yang kegirangan ketika menerima keputusan cemerlang 5A Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Siti Amynur Ain Putri Rosdy kesedihan menerima keputusan itu di hadapan jenazah ibunya.

Apabila keputusan UPSR diumumkan di pejabat Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, Seremban semalam, Siti Amynur Ain Putri berada di surau rumah rakyat Taman Dusun Nyior untuk membantu kaum keluarga yang lain menguruskan jenazah ibunya, Rusmah Abdullah, 47, yang meninggal dunia akibat tekanan darah rendah pada tengah malam Rabu selepas terlantar di wad hospital selama dua minggu.

Berderai air mata Siti Amynur Ain Putri dan kaum keluarga yang lain apabila guru besar sekolah itu, Noreha Adam menyampaikan keputusan ke tangan pelajar itu sendiri di hadapan tubuh kaku ibunya beberapa minit sebelum solat jenazah dimulakan pada pukul 11.30 pagi semalam.

"Saya sedih sangat, ibu tidak dapat melihat keputusan ini. Ibu selalu berpesan semasa hidup bahawa saya ini harapan dia, ayah pula sudah meninggal dunia empat tahun lalu," kata Siti Amynur Ain Putri dengan linangan air mata kepada Bernama.

Pelajar itu kini hidup yatim piatu bersama abangnya yang berusia 14 tahun.

Selepas ayahnya meninggal dunia akibat sakit tibi, ibu Siti Amynur Ain Putri bekerja sebagai pencuci di sebuah hotel bajet rendah di Seremban dengan pendapatan RM500 sebulan.

April lepas, ibunya terpaksa berhenti kerja apabila pelajar itu mengalami kemalangan sehingga patah kaki dan keluarga itu terpaksa hidup dengan bantuan kewangan RM400 sebulan.

Setiap hari selepas berhenti kerja, ibunya akan berjalan kaki sejauh satu kilometer untuk menghantar nasi bungkus kepada Siti Amynur Ain Putri kerana pelajar itu tidak balik rumah untuk menunggu kelas bimbingan UPSR.

Guru besar Sekolah Kebangsaan Taman Dusun Nyior, yang terkejut ketika dimaklumkan ibu Siti Amynur Ain Putri meninggal dunia, berkata: "Siti merupakan ketua murid di sekolah kami. Kami tahu dia akan mendapat keputusan cemerlang.

Pagi-pagi saya sudah ke Pejabat Pelajaran Daerah untuk mengambil keputusan (UPSR) seawal mungkin.

"Saya nekad untuk mendapat keputusan cepat dan sampaikan sendiri ke tangan Siti sebelum jenazah ibunya di kebumikan di tanah perkuburan Makam Tuan Haji Said," katanya.

Beliau dengan ditemani seorang guru hampir sahaja terlewat dan Noreha tidak putus-putus berdoa supaya Siti Amynur Ain Putri menerima berita baik di sebalik ujian berat yang menimpa pelajar itu.

Ketika menyampaikan keputusan itu ke tangan murid Tahun 6 itu, Noreha berkata suasana sangat hiba dan puluhan orang termasuk ahli surau terdiam tetapi beliau mengumpul semangat untuk memberitahu kepada murid itu: "Ibu tentu tahu Siti mendapat keputusan cemerlang".

Noreha, yang berpengalaman dalam bidang perguruan selama 24 tahun, kini berusaha untuk membantu Siti Amynur Ain Putri mendapat tempat di sekolah berasrama penuh.

"Siti ini tabah orangnya, kami tidak tahu pun ibunya dimasukkan ke wad selama dua minggu sebelum meninggal dunia. Semasa Siti patah kaki pada April lepas, dia mendapat cuti sakit selama dua bulan tetapi masuk bulan kedua, dia berazam untuk datang ke sekolah," katanya.

Katanya Siti Amynur Ain Putri mahu mengubah kemiskinan keluarganya dan bercita-cita menjadi seorang pensyarah. - Bernama
LELAKI YANG PERCAYA TUHAN ITU WUJUD:

ADA SEORANG LELAKI PERGI KE KEDAI GUNTING RAMBUT UTK MENGGUNTING RAMBUT DAN JANGGUTNYA.. APABILA BARBER ITU MEMULAKAN TUGASNYA, MEREKA PUN BERBORAK DAN BERCAKAP MENGENAI BYK PERKARA. TAPI BILA MEREKA MULA BERBICARA MENGENAI ALLAH, BARBER ITU PUN BERKATA,'' SAYA TAK PERCAYA ALLAH ITU WUJUD.'' ''KENAPA KAMU KATA BEGITU?'' TANYA SI LELAKI TADI.

'' CUBA KAMU KELUAR DI TGH JLN ITU DAN TUNJUKKAN PD SAYA BAHAWA ALLAH ITU WUJUD. KALAU BETUL ALLAH WUJUD,KENAPA RAMAI SGT ORG SAKIT KAT LUAR TU? KENAPA MASIH ADA KANAK2 YG TERBIAR? KALAU BETUL ALLAH WUJUD,DAH TENTU TIADA KESAKITAN DAN KEPERITAN HIDUP DLM DUNIA NI. SAYA X DPT BAYANGKAN ALLAH YG MAHA PENYAYANG BOLEH MEMBENARKAN SEMUA INI BERLAKU''.

SI LELAKI ITU PUN BERFIKIR SEJENAK. TAPI DIA TIDAK MEMBERI SEBARANG JAWAPAN KERANA TIDAK MAHU MEMULAKAN PERTENGKARAN. SELEPAS BARBER ITU MENGHABISKAN TUGASNYA, SI LELAKI TADI PUN PERGI. SELEPAS BEBERAPA LANGKAH,SI LELAKI TADI TERNAMPAK SEORG LELAKI BERAMBUT PANJANG, SELEKEH, KOTOR DAN JANGGUT TIDAK TERURUS.

SI LELAKI TADI PUN BERPATAH BALIK DAN PERGI SEMULA KE KEDAI GUNTING RAMBUT TADI DAN BERKATA,'' KAMU TAHU TAK YG SEBENARNYA BARBER JGK TIDAK WUJUD?'' ''KENAPA KAMU KATA MCM TU? SEDANGKAN SAYA BARU SAJE GUNTING RAMBUT KAMU TADI''.

KATA BARBER.''TIDAK!'' KATA SI LELAKI TADI.''KALAU BARBER WUJUD, DAH TENTU TIDAK ADA ORG YG BERAMBUT PANJANG TIDAK TERURUS DAN KOTOR SERTA JANGGUT YG PANJANG DAN KOTOR MCM LELAKI DI TEPI JALAN ITU''. ''AH! BARBER MMG WUJUD! LELAKI TU JADI MCM TU SBB DIA TIDAK DTG PADA SAYA UTK MENGGUNTING RAMBUTNYA!''.

KATA BARBER.''TEPAT SEKALI!''. KATA SI LELAKI TADI.''THAT'S THE POINT!. ALLAH JGK WUJUD. ITULAH YG TERJADI (KEPERITAN & PENDERITAAN) JIKA MANUSIA TIDAK MENGINGATINYA DAN KEMBALI PADANYA UTK MEMOHON PERTOLONGAN.''