Isnin, 19 Januari 2009

KEMENANGAN PASTI DI PIHAK BENAR

ALHAMDULILLAH....

PRO-MAHASISWA berjaya mendapat kemenangan walaupun bukan lah kemenangan majoriti
tapi dengan kemenangan ini...insyaallah ISLAM pasti akan menghijau di bumi UPM...

KEPUTUSAN

KERUSI YANG DIPERTANDINGKAN
BEBAS FAKULTI
9 DARI 16 4


TAKBIR!!!!
ALLAHUAKHBAR!

walaupun pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang tempuran ini.
Alhamdulilah berkat USAHA + DOA + TAWAKAL = KEJAYAAN DIKECAPI

semoga hari ini menjadi permulaan kepada kemenangan ISLAM

Ahad, 18 Januari 2009

HARI PENENTU

HARI INI HARI DEBARAN PADA SEMUA CALON PRK UPM...

sapa lah yang jahat sangat merosakkan kain rentang calon...
mesti keja budak2 yang dah rasa nak kalah....
sedih sangat....kenapalah sistem demokrasi yang di laung-laungkan oleh PM tu tak pun aku rasa pada dunia kampus ini...

semuanya sistem yang kejam...yang menindas dan membela golongan tertentu...
if mereka tu berani sangat...buat PRK secara telus...
ni dah lah 2 hari mengundi...pastu calon lak tak dibenarkan berkempen.. hat 2 tak boleh yg ni tak boleh...apa yang boleh ikut telunjuk diorang...

aku harap mahasiswa upm ni bukan orang yang pekak + buta + bodoh sehingga tidak tahu menilai pihak yang benar... semoga Allah sahaja yang membalas perbuatan jahat pihat itu.

SUARAKAN ISI HATI ANDA
JANGAN MENJADI PAK TURUT & BACUL

Jumaat, 16 Januari 2009

GEMPAR! KEPALA BABI DALAM MASJID APIUM


Kuala Lumpur, 16 Jan - Surau Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya gempar pagi ini apabila kepala seekor babi beserta bendera Pas dengan tulisan ‘PMI, PRO M, PAS’ dijumpai di dalam surau tersebut.

Kepala haiwan tersebut dianggarkan diletakkan oleh kumpulan yang tidak dikenali kira-kira pukul 5.00 pagi iaitu sebelum Subuh.

Menurut jurucakap Pro Mahasiswa, saudara Shahir Abdul Aziz, beliau hairan sambil menimbulkan tanda tanya tentang kejadian ini apabila kepala babi berserta bendera Pas tersebut diletakkan di surau Akademi Pengajian Islam.

“Saya yakin ada pihak yang ingin menyatakan protes terhadap Pro Mahasiswa dan PMI (Persatuan Mahasiswa Islam).

Selain itu, timbul persoalan kenapa kejadian begini berlaku dalam musim PRK sekarang, malah surau Akademi Pengajian Islam menjadi tumpuan?,”ujar beliau sambil mengajukan tanda tanya.

Selain itu, presiden Pro Mahasiswa Nasional merangkap Pro Mahasiswa Universiti Malaya, saudara Norazali Zainuddin menyatakan kejadian ini mungkin disebabkan beberapa pihak yang tidak puas hati dengan tindakan Pro Mahasiswa dalam menyatakan pendirian dan pendedahan isu termasuk rasuah dan penyalahgunaan wang dalam politik kampus.

“Saya yakin ada pihak yang rasa terkesan dan seperti mahu menutup mulut kami dalam menyatakan pendirian kami terhadap rasuah dan penyalahgunaan wang yang berleluasa dalam PRK sekarang,”ujar beliau.

Pilihanraya kampus kali disifatkan sebagai yang paling teruk dalam sejarah demokrasi kampus apabila berleluasanya politik wang dan penyalahgunaan kuasa oleh beberapa pihak dalam memenangi pilihanraya.

Isu rasuah TNC HEP yang dibawa oleh Pro Mahasiswa mendapat liputan dan respon panas dari pelbagai pihak. Ekoran dari isu ini, markas Pro Mahasiswa digeledah oleh pihak polis tanpa waran geledah dan kamputer riba diambil. Malah pagi ini, kejadian kepala babi dijumpai di surau API menimbulkan tanda tanya.

Pihak polis masih meneruskan penyiasatan atas kes ini.-mahasiswakini

sekitar hari penamaan calon bagi pemilihan majlis perwakilan pelajar upm bermula jan 8.30 pagi sehinggalah jam 10.30 pagi. proses penamaan calon yang





sekitar hari penamaan calon bagi pemilihan majlis perwakilan pelajar upm bermula jan 8.30 pagi sehinggalah jam 10.30 pagi. proses penamaan calon yang dijalan di fakulti masing-masing menampakkan suatu perancangan yang ingin melenyapkan suasana pilihan raya kampus.

suasana pada hari penamaan itu hanya dirasai dengan kehadiran konvoi Pro-M UPM mengelilingi seluruh kampus UPM. lebih 20 buah kenderaan termasuk 3 buah kereta berarak sekitar jam 7.45 pagi hingga 9 pagi.

pergerakan konvoi ini berjalan lancar tanpa gangguan daripada pihak keselamatan universiti.

Staf Bhep, Harimau Maut & Pemuda UMNO

Peristiwa penyebaran risalah haram oleh seorang Staf Bahagian Hal Ehwal Pelajar lalu, yang kononnya sedang mengutip risalah di tengah-tengah malam, sambil dilihat memakai seluar pendek dengan keadaaan tergopoh-gapah, menyelitkan beberapa risalah berunsur fitnah di beberapa kolej kediaman, mempunyai hubungkait dengan kegiatan harimau Maut, yang diibaratkan nyawa-nyawa ikan ketika ini kerana unit keselamatan Pro Mahasiswa tekad untuk menangkap kumpulan terbabit, untuk diambil tindakan. Seorang detektif bebas semalam, telah berjaya mengesan beberapa individu yang terlibat dalam kegiatan tersebut. Klik Sini

Dengan itu, Unit Keselamatan Pro Mahasiswa ketika ditanya menjawab bahawa “ Jawatan Kuasa Pelaksana Pilihanraya Kampus pada kali ini, harus bertanggungjawab setiap apa yang bakal berlaku, kita sudah pun membuat laporan, namun tidak dipedulikan. Kali ini kita mencabar kepada kumpulan ini, untuk datang dan berjumpa dengan kita secara berhadapan, kalau betul ingin mencari jalan penyelesaian”

Hasil daripada siasatan, beberapa pemuda UMNO telah diupah oleh jentera Aspirasi untuk tujuan tertentu. Kumpulan Pemuda UMNO ini duduk dengan melepak di kawasan Masjid UPM dengan berlagak seperti Mat Rempit di tengah malam. Dengan itu, pihak keselamatan UPM harus bertanggungjawab sekiranya apa-apa keadaan yang tidak diingini berlaku, memandangkan kehadiran mereka sudah pun disedari oleh Unit Keselamatan sejak dua malam yang lepas.

Rabu, 14 Januari 2009

Doa Qunut Nazilah Untuk Palestin

اللهم ﺇنانجعلك في نحور أعدائنا ونعوذبك من شرورهم
اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت كلمتهم وزلزل أقدامهم
وسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقم
ياالله ياالله ياالله
اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزاب
ﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمه
وانصرنا عليهم
Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.
ameen..

Selasa, 13 Januari 2009

VOTE FOR PRO-MAHASISWA




BUKTIKAN MAHASISWA BOLEH LAKUKAN PERUBAHAN!!

jangan biarkan diri anda menjadi mainan pihak yang tidak bertanggungjawab.
ini lah masa untuk berubah. Jangan sia-sia kan peluang yang ada.

vote 4 PRO-MAHASISWA UPM