Jumaat, 16 Januari 2009

sekitar hari penamaan calon bagi pemilihan majlis perwakilan pelajar upm bermula jan 8.30 pagi sehinggalah jam 10.30 pagi. proses penamaan calon yang





sekitar hari penamaan calon bagi pemilihan majlis perwakilan pelajar upm bermula jan 8.30 pagi sehinggalah jam 10.30 pagi. proses penamaan calon yang dijalan di fakulti masing-masing menampakkan suatu perancangan yang ingin melenyapkan suasana pilihan raya kampus.

suasana pada hari penamaan itu hanya dirasai dengan kehadiran konvoi Pro-M UPM mengelilingi seluruh kampus UPM. lebih 20 buah kenderaan termasuk 3 buah kereta berarak sekitar jam 7.45 pagi hingga 9 pagi.

pergerakan konvoi ini berjalan lancar tanpa gangguan daripada pihak keselamatan universiti.

Staf Bhep, Harimau Maut & Pemuda UMNO

Peristiwa penyebaran risalah haram oleh seorang Staf Bahagian Hal Ehwal Pelajar lalu, yang kononnya sedang mengutip risalah di tengah-tengah malam, sambil dilihat memakai seluar pendek dengan keadaaan tergopoh-gapah, menyelitkan beberapa risalah berunsur fitnah di beberapa kolej kediaman, mempunyai hubungkait dengan kegiatan harimau Maut, yang diibaratkan nyawa-nyawa ikan ketika ini kerana unit keselamatan Pro Mahasiswa tekad untuk menangkap kumpulan terbabit, untuk diambil tindakan. Seorang detektif bebas semalam, telah berjaya mengesan beberapa individu yang terlibat dalam kegiatan tersebut. Klik Sini

Dengan itu, Unit Keselamatan Pro Mahasiswa ketika ditanya menjawab bahawa “ Jawatan Kuasa Pelaksana Pilihanraya Kampus pada kali ini, harus bertanggungjawab setiap apa yang bakal berlaku, kita sudah pun membuat laporan, namun tidak dipedulikan. Kali ini kita mencabar kepada kumpulan ini, untuk datang dan berjumpa dengan kita secara berhadapan, kalau betul ingin mencari jalan penyelesaian”

Hasil daripada siasatan, beberapa pemuda UMNO telah diupah oleh jentera Aspirasi untuk tujuan tertentu. Kumpulan Pemuda UMNO ini duduk dengan melepak di kawasan Masjid UPM dengan berlagak seperti Mat Rempit di tengah malam. Dengan itu, pihak keselamatan UPM harus bertanggungjawab sekiranya apa-apa keadaan yang tidak diingini berlaku, memandangkan kehadiran mereka sudah pun disedari oleh Unit Keselamatan sejak dua malam yang lepas.

Rabu, 14 Januari 2009

Doa Qunut Nazilah Untuk Palestin

اللهم ﺇنانجعلك في نحور أعدائنا ونعوذبك من شرورهم
اللهم بدد شملهم وفرق جمعهم وستت كلمتهم وزلزل أقدامهم
وسلط عليهم كلبا من كلابك يا قهار يا جبار يا منتقم
ياالله ياالله ياالله
اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا هازم الاحزاب
ﺇهزمهم ﺇهزمهم ﺇهزمه
وانصرنا عليهم
Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka
Ya Allah,
Leburkanlah kumpulan2 mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka
Wahai tuhan yang gagah perkasa Wahai tuhan yang penuh raksasa
Wahai tuhan yang bersifat murka
Ya allah Ya allah Ya allah Ya allah,
Wahai tuhan yang menurunkan kitab,
Wahai tuhan yang mengarakkan awan
Wahai tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab
Kalahkan mereka Kalahkan mereka
Kalahkan mereka Dan menangkan kami ke atas mereka.
ameen..

Selasa, 13 Januari 2009

VOTE FOR PRO-MAHASISWA




BUKTIKAN MAHASISWA BOLEH LAKUKAN PERUBAHAN!!

jangan biarkan diri anda menjadi mainan pihak yang tidak bertanggungjawab.
ini lah masa untuk berubah. Jangan sia-sia kan peluang yang ada.

vote 4 PRO-MAHASISWA UPM

SELAMATKAN PALESTIN





Isnin, 12 Januari 2009

MAHASISWA MAHUKAN PERUBAHAN

Bahang pilihanraya kampus semakin terasa di kampus HUJAU-UPM
Ayuh!!!! mahasiswa sekalian mari kita sama-sama lakukan perubahan agar
suara mahasiswa tidak lagi dianggap suara yang rendah martabatnya.

PERUBAHAN DI TANGAN ANDA...

-kita buktikan mahasiswa mempunyai hak untuk bersuara dalam menyatakan kebenaran dan keadilan yang telah disalah guna oleh pihak yang menjadi racun dalam memusnahkan pemikiran mahasiswa yang mahukan kepada keadilan.

-mahasiswa tidak perlu takut dalam melakukan perubahan, kerana perubahan di tangan anda bukan ditangan pihak yang merosakkan sistem demokrasi yang telah menjadi satu amalan yang telah diamalkan sejak sekian lama.

-mahasiswa diugut buang kolej jika melibatkan diri dalam mana-mana program anjuran pihak yang mereka sangat takut. Adakah ini adil pada pandangan anda????
jangan biarkan mereka menguasai pergerakkan kita. tetapi kita yang mencaturkan setiap langkah pergerakkan mereka.

-Adakah anda merasa anda selamat jika menghadiri mana-mana program yang di jalankan oleh mahasiswa sendiri??? jika takut...adakah ini yang dinamakan MAHASISWA DALAM KEADAAN AMAN???jangan terus biarkan diri anda diperkotak katikkan. kenapa mahasiswa tidak dibenarkan mengikuti mana-mana program?? ini adalah kerana mereka takutkan kepada gelombang mahasiswa yang dahagakan KEADILAN, KEBEBASAN DALAM MENYATAKAN KEBENARAN.

-Jangan terus biarkan kita dipermain-mainkan.

-MAHASISWA GENERASI PEMANKIN NEGARA!!!
MARI KITA SAMA-SAMA MENYOKONG PRO-MAHASISWA

Selasa, 6 Januari 2009

JIHAD



Firman Allah swt dalam surah As-Saff ayat 1-4; " "Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? (Itu) sangatlah dibenci di sisi Allah jika kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan Nya dalam barisan yang teratur, mereka seakan-akan seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh."

Dari ayat di atas, Allah menurunkan ayat ini bermula dengan sebab yang berlaku di kalangan para sahabat r.a sebelum diwajibkan perintah berjihad. Lalu mereka bercakap dgn penuh semangat, "bilalah lagi kita hendak berjihad. Sekiranya Allah mewajibkan jihad, kami akan melibatkan diri untuk buat apa sahaja."

Apabila Allah swt menurunkan ayat mewajibkan jihad, rupa-rupanya jihad ini bukan sahaja satu kewajipan, tetapi ianya penuh dengan cubaan dalam diri seseorang. Samada jihad di medan perang atau jihad di medan pilihanraya, berdakwah, ianya penuh dengn ujian dan cubaan. Merek yang berperang di Gaza, tidak putus-putus dihujani oleh roket dan peluru. Sehingga kini sudah hampir 400 orang mati syahid dan 1000 orang yang cedere.Setelah mereka dikepong beberapa bulan, mereka hadapai ujian dengan penuh semangat. Ada orang yang tahan dengan ujian kelaparan, kesusahan dan kesakitan. Makin sakit, makin lapar, makin ditentang oleh musuh, maka makin meninggi semangatnya.

Ada yang tidak tahan dengan ujian-ujian ini, lalu mereka berundur. Kadang-kadang, pejuang Islam ini diuji dengan cara menyedapkan, mengembirakan dan ujian perasaan yang ada di dalam hati. Kadangkala ada yang tidak tahan menghadapi ujian di dalam hati ini. Oleh itu, janganlah bercakap besar. Ini kerana akan tersungkur di tengah jalan.

Perjuangan Islam, merupakan satu perjuangan yang tidak nampak akan upah atau balasannya. Upah dan balasan ini adalah perkara ghaib. Ia janji dari Allah swt. Firman Allah swt, " Kalaulah sekiranya perjalanan perjuangan Islam itu merupakan benda yang dekat, yang boleh dicapai atau diambil dgn mudah, dan perjalanan yang dekat yang diketahui beberapa hari akan menang, nescaya ramailah yg ikutmu wahai Muhammad." Tetapi perjuangn ini jauh dan banyak kesulitan-kesulitan dan kepayahan-kepayahan.

Yang paling sulit ialah tekanan dalam jiwa dan hati yang sering kali di was-waskan oleh syaitan yang ghaib di kalangan jin dan sebagainya yang mengalir dalam darah kita. Dan juga was-was ini datangnya dari syaitan-syaitan di kalangan manusia itu sendiri. Bisikan ini merupakan bisikan keraguan bukan hanya berlaku dalam solat tetapi juga ketika berjihad dalam perjuangan. Jadi, peliharalah hati supaya ikhlas kerana Allah swt. PAS meletakkan Islam dalam matlamat dan asas. PAS Tidak menjanjikan kebendaan kepada petugas-petugas PAS.

Presiden mengingatkan kepada orang ramai yang hadir, siapa yang hadir ke cemarah malam ini adalah untuk mendengar nama calon, sama ada menyokong calon atau tidak, ia tidak ada pahala. Tidak ada fadhilat dan kelebihan. Tetapi sekiranya datang ke majlis ceramah itu untuk mendengar arahan dan panduan di dalam perjuangan menegakkan Islam yg bakal diamalkan, maka ia berada di dalam majlis ilmu, dan malaikat bersama-sama. Dan juga mereka ini berada di medan jihad yg ada fadhilat yg besar yang telah dijanjikan oleh Allah.

Oleh kerana perjuangan ini banyak dengan cabaran, bukan hanya berdepan dengan UMNO atau Barisan Nasional tetapi berhadapan degan satu kerajaan yang berkuasa di peringkat pusat dan negeri. Dimana kerajaan ini mendapat sokongan dari pelbagai kumpulan yang boleh memberi dan mendapat sumbangan apa sahaja. Jangan sesekali menganggap ini merupakan satu perjuangan yg kecil walaupun ianya pilihanraya kecil, tetapi pada cabarannya sanggat besar.

Oleh itu, ingatlah peringatan yang diberikan oleh Nabi s.a.w kepada golongan Ansar, inilah asas kpd perjuangan Islam yg mesti difahami supaya mendapat fadhilat dan pertolongan dari Allah swt. Mereka yang sanggup memikul tanggungjawab yang disebut di dalam ucapan Rasulullah ini,mereka merupakan orang yang sanggup menyahut seruan Allah dalam Al-Quran " Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu dalam menghadapi penyakit-penyakit yang ada dalam diri kamu sendiri, dan bersabarlah kamu dalam menghadapi musuh-musuh kamu dan beradalah kamu di tempat dimana kamu ditugaskan dan bertakwa kepada Allah supaya kamu dapat kemenangan.

Inilah syarat kemenangan yang diletakkan oleh Allah swt. Ianya bukan kemenangan percuma tetapi kemenangan yang bersyarat."Sekiranya kamu menolong agama Allah, nescaya Allah menolong kamu dan menetapkan pendirian kamu." Menolong dan bekerja dengan hati yang ikhlas. Bagi menegakkan agama Allah dengan ikhlas ini, maka Nabi s.a.w mengingatkan para sahabat di kalangan Ansar dengan satu perjanjian setia ketika hendak melakukan hijrah.

Hijrah merupakan satu kemenangn yang dberikan oleh Allah yang menjadi titik noktah ,yang merupakan satu perubahan yang besar dalam sejarah manusia. Siapa yang melibatkan diri dengan hijrah dan menunaikan perkara yang di sebut oleh Nabi s.a.w, "Kamu berjanji untuk mentaati perintah aku di masa rajin, dimasa malas. Berjanji untuk beri belanja semasa senang atau susah. Kamu berjanji menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran. Kamu berjanji untuk bangun mengatakan yang benar dan tidak peduli kepada orang mencela dan berjanji untuk menolong aku yakni Islam. Apabila tiba di madinah, hadapi cabaran-cabarannya sebagaimana kamu pertahankan harta kamu, isteri kamu dan anak kamu. Allah menjanjikan syurga untuk kamu."

Ucapan ini bukan hanya catitan sejara semata-mata, tetapi ia merupakan rukun dan tiang kepada pendokong perjuangan Islam supaya mereka mendapat pertolongan dan keredhaan Allah.

Pertama, Mentaati kepada Allah s.w.t. Mentaati perintah semasa senang dan susah. Dalam setiap keadaan sama ada setuju atau tidak setuju, hendaklah mentaati arahan pimpinan. Bukan melihat kepada siapakah calon yang akan diletakkan nanti. "Kami dengar dan kami taat". Inilah yang Allah hendak membezakan perjuangan yang hak dan batil.

Kedua, sanggup menyumbangkan harta sama ada senang atau susah. Sekiranya tidak ada kewangan, sumbanglah dari segi fikiran, doa dan tenaga. Tidak kira apa sahaja sumbangan. PAS bukan perjuangan yang mengharapkan upah. Allah mengizinkan upah. Tetapi PAS tidak meletakkan upah sebagai matlamat. Tetapi upah untuk menguatkan tenaga dengan makanan demi menjalankan gerak kerja Islam. Sekiranya upah diletakkan satu matlamat, maka tidak ada beza dengan pihak lawan.

Apabila kita meletakkan harga diri kepada keikhlasan, Allah akan tambah pertolongan dari NYA untuk memberi kemenangan kepada PAS. Ia merupakan satu hakikat dimana perjuangan menyuruh kepada kebaikan, mencegah kemungkaran ialah mendirikan kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah. Calon yang menang menjadi wakil rakyat untuk bersuara di parlimen. Membentuk akhlak dan menegakkan syariat Islam. Jihad yang paling afdhal ialah sanggup bercakap benar di hadapan kerajaan yang zalim. Ini merupakan hadith sohih.

Kerja yang dilakukan dalam pilihanraya dan inginkan kemenangan merupakan satu perkara yang sangat penting. Jangan peduli kepada orang mencela kerana dengan mendapat celaan merupakan satu pahala. "Demi sesungguhnya jika kamu dapat menarik seorang untuk mendapat hidayah Allah bersama Islam, ia merupakan lebih mahal daripada kenderaan yang paling mahal harganya." Pahala akan berpanjangan walaupun seseorang itu sudah meninggal dunia.

Zaman sekarang seperti berpegang agama ibarat berpegang bara api. Semua amalan ada feqah. Berpolitik pun ada feqahnya yakni faham ajaran Islam yang berkait dengan kerja yang kita buat.

Hadapilah kerja dengan ikhlas supaya kita mendapat pertolongan dan keredhaan Allah. Allah itu Maha Besar, tidak ada yang lebih besar dari Allah s.w.t samada Barisan Nasional atau kuasa-kuasa besar dunia yang lain.

~UST HADI AWANG~