SAHABAT ANDA

Sabtu, 27 Februari 2010

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah.Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta Waja yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya. Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut. Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri.Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita ? "Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut..Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ; "Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih, pakcik.Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengigatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .
Pengajaran
Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Jumaat, 8 Januari 2010

KEPADA SEMUA WARGA UPM . DI KEDAI PMI BERSEBELAHAN MAGNA ADA MENAWARKAN TEMPAHAN SWETER MUSLIMAH LABUH DENGAN TULISAN JAWI.

HARGA : RM50
DEPOSIT:RM25

TEMPAHAN DITERIMA SEBELUM 24-01-10


BERITA BAIK TEMPAHAN KEDUA DIBUKA SEHINGGA 11-02-10

Selasa, 22 Disember 2009

T-SHIRT PMIUPM


klik pada image untuk besar

salam....

kepada sahabat2 pmiupm sekalian yang berminat ingin memiliki t-shirt pmiupm

anda boleh membuat tempahan di KEDAI PMI(SERI SERDANG) bersebelahan kedai MAGNA selewat-lewatnya pada 12 JANUARI 2010


Dapatkan t-shirt muslimah pmiupm dengan segera...harga

RM28 sahaja muslimah & .RM25 utk muslimin

sila beri nama, kolej (bilik), no fon dan saiz baju (standard)beserta deposit RM15/- bagi yang berminat...

-Kain 100% cotton
-design cute
-Harga berpatutan
-berkualiti

HEBAH-HEBAHKAN KEPADA SAHABAT2 ANDA!!!...
JANGAN LEPASKAN PELUANG
SIAPA YANG TAK BELI DIA YANG RUGI.........
SAPA CEPAT DIA DAPAT!!!!..

Ahad, 13 Disember 2009

Kisah teladan-MIMPI SEORANG NABI

Abu Laith as-Samarqandi adalah seorang ahli feqah yang terkenal. Beliau pernah mendengar satu cerita daripada ayahnya tentang mimpi yang dialami oleh seorang nabi. Mimpi seorang nabi adalah wahyu Allah kepada nabi terbabit.

Dalam tidurnya nabi itu bermimpi menerima perintah : “Esok egkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke sebelah barat. Engkau dikehendaki berbuat : pertama, apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah. Kedua, engkau sembunyikan. Ketiga, engkau terimalah. Keempat, jangan engkau putuskan harapan dan kelima, larilah engkau daripadanya”.

Pada keesokan harinya, nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke sebelah barat, seperti mana yang diarahkan. Kebetulan perkara pertama yang dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Sambil kebingungan beliau berkata “Aku perintahkan memakan benda yang pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan”. Nabi itu meneruskan perjalanan mendekati bukit itu. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebuku roti. Maka nabi itu pun mengambil dan memakannya. Bila ditelan rasanya sungguh manis bagaikan madu. Kemudian dia meneruskan perjalanan dan bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan. Lantas nabi itu pun enggali sebuah lubang lalu ditanam mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali brturut-turut. Maka nabi itu berkata : ‘aku telah melaksanakan perintahmu’. Lalu nabi itu pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.

Ketika meneruskan perjalanan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengar burung kecil itu berkata : ‘Wahai nabi Allah, tolonglah aku. ‘mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan memasukkan ke dalam bajunya. Melihat keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri nabi itu sambil berkata : ‘wahai nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dan rezekiku’.

Nabi itu teringatkan pesanan dalam mimpinya iaitu tidak boleh putuskan harapan. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pahanya dan memberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan terbang bebas. Perjalanan diteruskan lagi. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk. Maka nabi itu terus lari meninggalkannya kerana tidak tahan bau busuknya.

Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka nabi itu pun kembali ke rumahnya. Pada malam itu dia berdoa : ‘Ya Allah, aku telah melaksanankan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu dalam mimpiku. Maka jelaskanlah erti semuanya itu’.

Dalam mimpinya kali ini beliau telah diperjelaskan setiap perkara tentang pengalaman yang dilaluinya oleh Allah Ta’ala. ‘Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit, tetapi pada akhirnya jika besabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua, semua amal kebaikan (budi) walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga, jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianatinya. Keempat, jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuk membantunya meskipun engkau sendiri berhajat. Kelima, bau busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang), maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah’.

Yakinlah setiap suruhan Allah ada hikmahnya kepada manusia. Begitu juga setiap tegahan-Nya ada rahsia tersendiri. Lakukanlah segala suruhan-Nya dan tinggalkan segala larangan-Nya dengan hati yang ikhlas demi mengharapkan keredhaan daripada-Nya. Pasti di sana nanti akan terserlah sagala kebaikannya.
Hujung tahun ni banyak sungguh jemputan kenduri....alhamdulilah sahabat-sahabat yang ku kasihi akhirnya dapat melaksanakan sebahagian dari tuntutan agama....

TAHNIAH BUAT :

KAK DILA DENGAN ABANG AZARUL
KAK KARTINI DENGAN ABANG AMIR
KAK HARTINI DENGAN ABANG RUSTAM
JUNAIDAH DENGAN PASANGANNYA
K.NISAK DENGAN PASANGANNYA
IQBAL DENGAN PASANGANNYA
ROHAYU DENGAN PAsANGANNYA

DAN SAHABAT2 LAIN YANG TIDAK ANA SEBUT DISINI...

kepada sahabat2 yang bakal menyusul, semoga kalian dapat menempuh ujian disepanjang jalan sebelum bertemu dengan tarikh keramat dalam khidupan...
jagalah hati....kerana dengan hati dapat merosakkan apa yang dipamerkan luaran....
ingatlah semua yang berlaku bukan kita yang merancang tapi TUHAN sekalian alam...
jauhkanlah hati kita dari dipengaruhi sikap mazmumah...tp suburkan lah dengan sifat mahmudah...

semoga kalian dapat bertemu apa yang dicari2...amin..

~LIRIK RABITAH HATI~

Sesungguhnya engkau tahu
Bahawa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naugan cintamu
bertemu dalam ketaatan bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan (2X)

kuatkanlah ikatannya kekalkanlah cintannya
tunjukkilah jalan2nya terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
ya Rabbi bimbinglah kami

lapanglah dada kami dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padamu
hidupkan dengan makrifatmu
matikan dalam syahid di jalanmu
engkaulah pelindung dan pembela (2X)

kuatkanlah ikatannya kekalkanlah cintannya
tunjukkilah jalan2nya terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
ya Rabbi bimbinglah kami (3x ulang)

Ahad, 29 November 2009