Ahad, 22 Februari 2009


Mukjizat Surah Yasin


Untuk Keselamatan Diri Yang, Susah Menjadi Senang.

Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.

Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 - Utk igunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik... Caranya:Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.

Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.
o Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba
o Tiupan ke-dua - Hancur
o Tiupan ke-tiga - Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"(Ayat 78 dan 79)- Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.

Ayat 79 - Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:
Yasin is the jantung of Al-Quran

~Know the meaning of ayat-ayat in Al-Quran

Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin:
o Child is sick
o Feeling troubled.
o Memudahkan urusan
o Memudahkan perjalanan
o As selusoh (to ease pain when giving birth)

~Read Yasin (3x) over water
~Read 3 Qul (three times each)
~Fatihah
~Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)

Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan.

Ayat 9 - "Waja'alna...."

-Lindungi rumah dari pencuri - baca dan tiup ditiap-tiap penjuru rumah.
-Lindungi diri dari dianiaya
-Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur

Baca Ayat 9

~Fatihah
~Read 3 Qul (three times each)
~Ayat Kursi

Ayat 29 - "In kanat illa...."

Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.

Ayat 36 - "subhanallazi.."

Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari
~Ya Wadud (3x)

Ayat 58 - "Salamun..."

-Jika sakit anggota
-Tak tenang hati

~Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit

Ayat 76 - "Falayahzun.."

-Bila rasa sedih
-Untuk menenangkan hati
-Gosok jantung sambil baca

Ayat 78 - 79 "dari Yuhyil Wahiya..."

-Tulang patah
-Sakit sendi
-Sakit lutut

Ayat 82 - "Innama amruhu.."

-Jika mandul
-Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan

Dry method

o Sembahyang tahjud
o Sembahyang hajat
o Doa minta hajat
o Baca ayat 100 x dengan yakin
o Amalkan 41 malam Wet method (untuk menyembuh penyakit dalam badan)
o Seperti di atas
o Bila baca ayat, tiup dalam air
o Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda lain
o Doa sambil minum
o Untuk 41 pagi

Dalam YASSIN merangkum:

~Ilmu Pertanian
~Ilmu Falak
~Ilmu Laut
~Ilmu Kiamat
~Ilmu Ciptaan Manusia
~Ilmu Binatang
~Ilmu Kenabian

Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit, tengah nazak nak mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka dan bukannya di kubur. (terutama ayat 12) sebab kenapa kita perlu baca, agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok, lusa kita akan menyusul jua.

Amalan Mempercepatkan Jodoh


Petua untuk dapat jodoh (sebagai tambahan kepada usaha2 lain).. amalkan ayat 131 dan 132 Surah Toha selepas solat setiap solat fardu, bermula dari :

" Walaa tamuddanna'ainaika illa ma mata'na bihi azwajanminhum zahratul hayattu linaftinahum fiih, warizqo robbikaa hairu wa abqa, wa' mur ahlakaa bisSolaati,wastabir 'alaiha, laa nas aluka rizqo, nahnu narzukuqa, wal'aqibati lit taqwa......."
bererti

"Jangan lah pandangan mata kamu terpesona melihat perhiasan kehidupan (yang Kami beri kepada orang2 kafir) yang menjadi ujian padanya. Dan rezeki kurniaan daripada tuhanmu (Allah) itulah lebih baik dan kekal(balasan Syurga). DAn suruhlah /arahkan ahlimu (keluarga dan anak2 serta org terdekat) mengerjakan solat, dan bersabarlah kamu atas perkara itu. Tidak lah Kami minta rezeki dari mu, tetapi Kamilah(Allah) yang mengurniakan rezeqi kepadamu dan 'akibat kesudahan baik itu adalah bagi mereka yang bertaqwa" juga ada doa yang boleh dijadikan sarana permohonan kepada Allah agar mendapatkan jodoh, antara lain doa nabi Zakariya yang artinya:

Dan (ingatlah kisah) Zakariya, tatkala ia menyeru Tuhannya 'ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidup seorang diri, dan Engkau adalah Waris Yang Paling Baik'. (QS. Abiya/ 21: 89)


Selain itu, perbanyak membaca shalawat nabi Muhammad saw. Allahumma shalli wasallim ëalaa sayyidinaa Muhammad. Waíalaa aali sayyidinaa Muhammad. (Ya Allah, semoga kesejahteraan dan keselamatan tercurah kepada junjungan nabi Muhammad saw., dan segenap keluarga beliau). Dibaca minimal 1000 kali dalam sehari semalam. Insya Allah doa Anda dikabulkan oleh Allah SWT. (11)

Isnin, 16 Februari 2009

EQ Melawan IQ

Dipetik daripada buku "MENTAL SIHAT" terbitan PTS Millennia Sdn Bhd

Banyak kajian yang dijalankan dalam bidang EQ menggariskan berapa kebolehan yang ditakrifkan sebagai EQ. Antaranya ialah Kebolehan memahami emosi diri, kebolehan mengurus emosi dengan sesuai, kebolehan memotivasikan diri, kebolehan mengenali emosi individu lain dan kebolehan mengendalikan persahabatan.

Kecerdasan emosi diperoleh melalui lima bentuk kebolehan kendiri seperti berikut:

1. Kebolehan memahami emosi diri.
2. Kebolehan mengurus emosi dengan sesuai.
3. Kebolehan memotivasikan diri.
4. Kebolehan mengenali emosi individu lain.
5. Kebolehan mengendalikan persahabatan.

Kita pernah mendengar ibu yang mempertaruhkan nyawa sendiri bagi menyelamatkan anak-anak semasa kecemasan. Kejadian seperti ini menunjukkan emosi adalah penentu di sebalik tindakan yang drastik. Individu yang mempunyai kecerdasan fikiran tidak semestinya menggunakan pertimbangan akal yang rasional.

Semasa dalam kecemasan, emosi merangsang pertimbangan dan tingkah laku. Pentingnya peranan emosi sehingga timbul pandangan di kalangan ahli-ahli psikologi. Pandangan berkenaan faktor emosi menentukan kejayaan dan kegagalan dalam hidup individu. Faktor ini dikenali sebagai kecerdasan emosi.

Profesor di Universiti Harvard, Amerika Syarikat iaitu Profesor George Vaillant menceritakan pemerhatiannya di dalam buku Adaptation to Life. Buku ini mengisahkan sekumpulan pelajar Universiti Harvard sekitar 1940-an. Kehidupan berkeluarga dan kerjaya mereka dituruti sehingga ke peringkat pertengahan usia.

Kecerdasan emosi diperoleh melalui lima bentuk kebolehan kendiri seperti berikut:

1. Kebolehan memahami emosi diri.
2. Kebolehan mengurus emosi dengan sesuai.
3. Kebolehan memotivasikan diri.
4. Kebolehan mengenali emosi individu lain.
5. Kebolehan mengendalikan persahabatan.

Kebolehan Memahami Emosi Diri

Ajaran Islam menuntut penganutnya bermuhasabah. Muhasabah dalam Islam bermaksud menghitung kesalahan, mengimbau kesilapan dan melihat kembali kealpaan diri dalam mengerjakan suruhan Tuhan. Sesudah itu, perlu diperbetulkan segala kesalahan, kesilapan dan kealpaan supaya menjadi pedoman pada masa hadapan.

Hal yang sama juga perlu dilakukan kepada emosi diri. Sebelum bermuhasabah, individu itu perlu sedar proses berfikir sehingga mencetuskan emosi dan tindak balas luar kawal.
Perlu dilihat kembali apakah individu itu terbawa-bawa sehingga terlebih tindak balas kepada suatu isu.Perlu dinilai sama ada beliau mementingkan perkara kecil ataupun meremehkan perkara yang besar. Selepas itu, penyesuaian kognitif perlu dilakukan ke arah penyelesaian total.

Kebolehan Mengurus Emosi dengan Berkesan

Mengurus emosi adalah pekerjaan sepenuh masa. Mengurus emosi memerlukan persediaan kognitif yang cukup dan pemahaman mengenai situasi yang mencetuskan emosi berkenaan.
Pengurusan yang berkesan memerlukan sistem sokongan yang berterusan. Sistem sokongan ini merangkumi aspek biologi dan psikososial. Ada individu yang perlu mengambil ubat-ubatan anti kemurungan dan mood stabilizer bagi mengurus emosi supaya stabil. Mereka adalah pesakit yang didiagnosis menghidapi kecelaruan emosi.

Kebolehan Memotivasikan Diri

Pada zaman kegawatan ekonomi, ramai usahawan terpaksa bergelut dan tidak kurang pula yang kecundang. Jatuh bangun adalah asam garam kehidupan. Apa yang penting adalah keupayaan belajar bangun kembali, berjalan dan berlari. Usaha yang berterusan serta sikap yang optimis dan berfikiran positif membantu mencapai kejayaan.

Kebolehan Mengenali Emosi Orang Lain

Sahabat memberitahu saya berkenaan rakannya yang bersikap dingin, enggan bertegur sapa dan kelihatan seperti kehilangan mood secara tiba-tiba. Beliau hairan lantas menganggap rakannya membenci beliau berdasarkan andaian yang tidak berasas.

Akhirnya, selepas beberapa hari tidak bersua muka, sahabat tadi berjaya merungkaikan kekusutan perhubungan. Beliau merasa bersalah kerana tidak dapat membalas jasa ayahnya yang selama ini bertungkus-lumus menyekolahkan nya. Malangnya, ayah beliau meninggal dunia akibat sakit kanser.

Kebolehan Mengendalikan Persahabatan

Pengendalian persahabatan memerlukan pengawalan diri yang baik. Individu itu perlu berupaya mengawal perasaan marah, sedih, benci dan suka yang keterlaluan.

Beberapa kebolehan yang dikenal pasti sebagai komponen utama kebijaksanaan menjalin hubungan:

Kebolehan menguruskan kumpulan.Kebolehan merunding penyelesaian.Kebolehan menjalin hubungan peribadi melalui perkaitan personal.Kebolehan menganalisis individu lain melalui perasaan, motif dan sikap.

Biasanya, individu yang mempunyai kualiti kepimpinan berasaskan seperti ciri-ciri yang disebutkan di atas.

Daya kepimpinan antara individu dengan individu lain berbeza daripada segi tahap, kualiti serta saiz individu yang dipimpin. Kecerdasan emosi dapat dilatih sejak kecil. Apabila beberapa kebolehan seperti yang dibincangkan di atas dapat dibentuk semasa kecil, maka mereka membesar dengan memperoleh aset yang tidak ternilai harganya. Sehingga ada yang berpendapat kecerdasan emosi dapat menentukan kejayaan dalam hidup.

5 Sikap Orang Berfikiran Positif

1. Optimis
Maksudnya yakin setiap apa yang diusahakan akan mendapat hasil seperti
yang dimahukan, tak kira cemana susahnya halangan yang ditempuh. Ini
juga termasuk tak mudah menyerah kalah tak kira berapa besar dugaan,
krisis dan masalah yang menimpa.

2. Semangat, Minat dan Keghairahan.

Ini termasuk passion dan minat yang amat tinggi pada sesuatu, tak kira
apa dia. Orang yang mempamerkan semangat, minat dan passion yang
tinggi ni mempunyai energi yang tinggi juga, bahkan mereka sanggup
melakukan apa yang mereka minat tu selama yang mungkin.

Mereka punya mempunyai motivasi dalaman, maksudnya mereka ni ada
pencetus motivasi sendiri tanpa perlu di paksa, di desak atau di suruh-
suruh untuk melakukan sesuatu, sebab apa yang mereka lakukan dah
menjadi minat mereka. Bila gagal, mereka bangun sendiri!

3. Kepercayaan (Belief)
Percaya diri sendiri dan pada Tuhan, Yang Maha Esa serta kuasa
spiritual, bahawa DIA sentiasa memberi petunjuk dan panduan. Orang-
orang yang berfikiran positif juga percaya pada kebolehan diri sendiri
dan kelebihan bakat yang dikurniakan Tuhan pada mereka.

Mereka kenal kekurangan dan kelebihan diri sendiri, lalu menggunakan
kelebihan bakat sebagai platform untuk mencipta kehebatan,
kecemerlangan dan kejayaan.

4. Integriti

Orang-orang yang berfikiran positif ni sentiasa jujur dan komited.
Mereka juga ada sikap keterbukan, iaitu menerima orang lain seadanya.
Mereka takkan mentertawakan kekurangan atau kecacatan orang lain. Ini
yang dimaksudkan dengan integriti.

5. Keberanian

Berani mengambil risiko, walaupun dalam keadaan yang tak pasti. Mereka
berani gagal dan sanggup berdepan dengan kegagalan, walaupun mereka
tahu mereka sedang berada di jalan yang tak pernah orang lain lalui
(unknown way) dan buat apa yang orang lain tak pernah buat.

Lebih banyak lagi tips pembangunan diri PERCUMA di:
http://shueqry.blogspot.com
http://www.myqalam.net
Kenali Jenis Lelaki

Sukar untuk mengenali hati budi seseorang namun kamu mungkin boleh meramal sifat atau perangai seseorang menerusi perlakuan hariannya. Ruangan kali ini memberi peluang kepada pembaca untuk menilai dan memahami ciri-ciri lelaki tertentu sekadar untuk panduan agar kamu lebih memahami kehendak dan kemahuan insan yang bergelar lelaki. Mungkin ada yang sedang memerhati rentak lelaki idamannya dalam diam... ha, kaedah ini mungkin boleh membantu kamu menilainya!

Klik Baca lagi untuk melihat jenis2 lelaki

LELAKI TAKUT KOMITMEN

Personaliti:
Bukan tiada teman istimewa, ada kalanya hubungan yang terjalin antara dia dan teman istimewanya bertahun-tahun lamanya! Namun keinginan untuk membina sebarang ikatan rasmi tidak pernah wujud dalam dirinya. Karier dan kehidupan sosialnya sering menjadi keutamaan dalam hidup. Tidak hairanlah sekiranya individu yang tergolong dalam kategori ini memiliki ramai teman.

Kesimpulannya:
Sekiranya dia mempamerkan antara sikap begitu, dia dikatakan seorang yang tak boleh dipercayai sangat apa yang diucapkan pada kamu. Mungkin hari ini dia melafazkan kata suka pada mu tapi beberapa minggu kemudian, dia seolah-olah tak mengenali kamu selama ini! Dalam erti kata yang sebenarnya, dia masih belum bersedia untuk menjalinkan komitmen dengan mana-mana gadis buat masa itu.


LELAKI RASIONAL

Personaliti:
Keperibadian mereka tergambar menerusi penampilan luarannya. Semangat yang tinggi dan komited terhadap kerja memperlihatkan sikap rajin mereka itu. Ramai yang beranggapan lelaki dalam kategori ini berpewatakan serius dan sukar untuk diajak bergurau kerana sikap tekun yang wujud dalam dirinya itu. Selain itu mereka suka memendam perasaan dan kerana sikapnya itu kadangkala dia berubah menjadi seorang yang agak pemarah.

Kesimpulannya:
Biarpun kelihatan seakan dibebani dengan pelbagai tugasan namun lelaki yang tergolong dalam kategori ini sentiasa bersemangat dan gigih berusaha demi mencapai kejayaan. Pemikiran rasional menjadikan mereka individu yang positif. Percayalah, lelaki rasional ini boleh diharap dan bersedia melaksanakan tanggungjawab mereka itu tanpa sebarang halangan. Keluarga adalah segala-galanya bagi mereka ini.


LELAKI KONSERVATIF

Personaliti:
Pemikiran dan perwatakannya konservatif memperlihatkan dirinya serba sederhana. Sikapnya yang gemar memerintah dan sentiasa berfikir bahawa seorang lelaki perlu dihormati dan disanjung memperlihatkan sifat egonya yang agak tinggi. Dari sudut positif yang ada pada diri individu yang tergolong dalam kategori lelaki konservatif ini, mereka bijak mengatur perbelanjaannya.

Kesimpulannya:
Berfikiran matang dan bersedia memikul tanggungjawab menjadikan diri mereka mampu bertindak sebagai pemimpin dan ketua. Bagi lelaki konservatif ini, mereka sering mencari pasangan yang mampu memberikan ketenangan dalam hidupnya.


LELAKI HIPOKRIT
Personaliti:
Ego dan gemar mementingkan diri sendiri adalah sifat utama yang ada dalam diri mereka. Berlakon dan gemar berpura-pura menjadi mainan rasmi dalam hidupnya. Mereka juga gemar mengambil kesempatan atau menindas orang lain demi untuk kepentingan dirinya sendiri. Awas!

Kesimpulannya:
Sememangnya lelaki sebegini harus dijauhi. Sikap hipokrit dan gemar berpura-pura membuktikan bahawa dia juga seorang penipu! Jangan mudah terpengaruh dengan rupa paras dan kemewahan yang dimiliki!


LELAKI ANTI PEREMPUAN


Personaliti:
Sering memberi kritikan terhadap golongan wanita dan beranggapan wanita sering menyusahkan dan membebankan mereka! Sikap tidak gemarkan kanak-kanak juga boleh dilihat dengan jelas dalam diri mereka. Sebaliknya mereka gemar menghabiskan masa dengan mengumpul sesuatu benda sebagai koleksi peribadi.

Kesimpulannya:
Jangan salah tafsir terhadap individu yang sedemikian. Hakikatnya mereka juga mempunyai teman istimewanya sendiri, namun di sebalik sikapnya itu tersembunyi suatu perkara yang sukar untuk dijangka. Mereka mempergunakan wanita untuk kepentingannya sendiri! AWAS dengan lelaki sebegini kerana mangsa mereka adalah wanita yang mampu menuruti segala kehendaknya.


LELAKI PLAYBOY

Personaliti:
Sentiasa berpenampilan menarik dan peka terhadap perkembangan dunia fesyen semasa. Secara tidak langsung mereka bijak mengguna kelebihan yang mereka miliki itu untuk memenangi hati individu yang mereka suka. Karisma yang ada dalam diri menjadikan mereka sering mendapat perhatian! Bukan itu sahaja, malah mereka memang bersifat romantis dan mulut 'manis'.

Kesimpulannya:
Menyentuh soal komitmen, itu adalah isu yang paling digeruni oleh individu dari golongan ini. Sebaliknya mereka lebih gemar berseronok dan mendampingi ramai wanita dalam satu masa kerana bagi diri mereka ia adalah satu kelebihan istimewa yang ada dalam dirinya.


LELAKI BERWAWASAN

Personaliti:
Biarpun dia seorang yang pendiam namun individu di sekelilingnya mudah tertarik dengan sikap itu. Lelaki sebegini sering melahirkan idea yang rasional dan logik. Fokus utama dalam hidupnya adalah kerjaya dan ada kalanya ada yang beranggapan lelaki sebegini terlalu mementingkan kerja dari yang lain. Dia juga pentingkan kesempurnaan termasuk dalam memilih pasangan hidup. Kebanyakan mereka juga tidak suka terikat dengan komitmen terlalu awal.

Kesimpulannya:
Wajar kamu cuba menghampiri individu sebegini. Sikapnya yang berwawasan dan berfikiran jauh ternyata mampu menjamin masa hadapan. Pasangan yang paling sesuai untuk individu sebegini adalah wanita yang bijak berdikari kerana kesibukannya memaksa pasangannya untuk berdiri di atas kaki sendiri, namun ini tidaklah bermaksud dia akan melupakan terus tanggungjawabnya sebagai seorang lelaki.

Sumber Dari Web Komuniti Kedah

Jumaat, 13 Februari 2009

Sambutlah Valentine Sempena Kejatuhan Islam di Sepanyol


Hari Valentine semakin menghampiri. Mawar merah yang bakal diberikan oleh kekasih hati sudah sentiasa terbayang-bayang di mata.


"Terasa begitu indah hidup ini bila ada insan yang meletakkanku sebagai permaisuri di hati…"


Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih-sayang tiap kali 14 Februari muncul. Tanpa disedari, rupa-rupanya budaya menyambut Hari Valentine mempunyai sejarah hitam disebaliknya. Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan "supercalis" bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk agama Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis "From your Valentine".

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Valentine adalah sempena hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.

Semoga anda semua mengambil iktibar!!! Mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini padahal ia adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol...

~Maka dari situ bermulalah VALENTINE DAY'S~

Pada 14 februari ini ramailah manusia yang berkasih-kasihan akan menyambut Hari Kekasih, atau lebih glamornya disebut, Valentine’s Day. Apa itu Valentine’s Day? Jom kita kaji….

Dari mana munculnya Hari Valentine’s? satu pendapat mengatakan, perkataan ‘valentine’ diambil sempena nama seorang paderi besar Kristian pada zaman pemerintahan Ratu Isabella di Sepanyol, iatu Saint Valentine. Beliau disayangi kerana telah Berjaya menumpaskan kerajaan ISLAM di Cordova,Sepanyol pada 14 Februari 270 Masihi.Kejayaan itu begitu bermakna kepada Ratu Isabella, dan dengan itu 14 Februari disambut dengan menamakannya sebagai Hari Valentine.

Di Malaysia, Hari Valentine’s adalah satu lagi hari yang amat ditunggu-tunggu oleh pasangan kekasih jongos untuk mencipta anak haram. Tak percaya?

cuba ambil masa sekejap baca kisah ini....

WAHAI EMPAT ORANG ISTERIKU…

Suatu ketika, ada seorang pedagang kaya yang mempunyai empat orang isteri. Dia mencintai isteri yang keempat dan memberikan harta serta kesenangan yang banyak kepadanya. Sebab, isteri keempat adalah yang tercantik di antara kesemua isterinya. Maka, tidak hairan lelaki ini sering memberikan yang terbaik untuk isterinya keempatnya itu.

Pedagang itu juga mencintai isterinya yang ketiga. Dia sangat bangga dengan isterinya ini, dan sering berusaha untuk memperkenalkan isterinya yang ketiganya ini kepada semua temanya. Namun dia juga selalu bimbang kalau-kalau isterinya ini lari dengan lelaki lain.

Begitu juga dengan isterinya yang kedua. Pedagang itu sangat menyayanginya. Dia adalah seorang isteri yang sabar dan penuh pengertian. Bila-bila masa pun apabila pedagang kaya menghadapi masalah, dia selalu meminta pandangan isterinya yang kedua ini. Dialah tempat bergantung. Dia selalu menolong dan mendampingi suaminya ketika melalui saat-saat yang sulit.

Sama halnya dengan isterinya yang pertama. Dia adalah pasangan yang sangat setia. Dia sering membawa kebaikan bagi kehidupan keluarga pedagang. Dialah yang merawat dan mengatur semua kekayaan serta usaha pedagang tadi. Akan tetapi si pedagang tidak begitu mencintainya. Walaupun isteri pertamanya ini begitu sayang kepadanya, namun pedagang ini tidak begitu mempedulikannya.

Suatu ketika, si pedagang sakit. Dia meyedari mungkin masa untuknya hidup tinggal tidak berapa lama lagi. Pedagang kaya ini mula merenungi semua kehidupan indahnya, dan berkata di dalam hati, “saat ini,aku punya empat orang isteri. Namun, apabila aku meninggal, aku akan sendiri. Betapa sedihnya kerana selepas ini aku terpaksa tinggal sendirian.”

Lalu dia meminta semua isterinya datang dan kemudian mulai bertanya pada isteri keempatnya, “kaulah yang paling kucintai, kuberikan kau pakaian dan perhiasan yang indah. Tidak lama lagi aku akan mati, mahukah kau mendampingi dan menemaniku?”

Isteri keempatnya terdiam. “Tentu saja tidak!” jawab isterinya yang keempat, dan pergi begitu sahaja tanpa berkata-kata lagi. Jawapan itu sangat menyakitkan hati pedagang, seakan pisau tajam menghiris-hiris hatinya.

Pedangang yang sedih itu lalu bertanya kepada isteri ketiganya. “Aku pun mencintaimu sepenuh hati, dan tidak lama lagi hidupku akan berakhir. Mahukah kau mengikutku dan menemani akhir hayatku?”

Isteri ketiga menjawab, Hidup begitu indah di sini. Aku akan menikah lagi jika kau mati.” si pedagang kaya begitu terpukul dengan jawapan isteri ketiganya itu.

Lalu, pedagang bertanya kepada isteri keduanya, “aku selalu mengadu padamu setiap kali menghadapi masalah. Dan kau sering membantuku. Kini, aku perlu sekali pertolonganmu. Kalau aku mati, mahukah kau ikut dan mendampingiku?”

Si isteri kedua menjawab perlahan, “Maafkan aku...aku tak mampu menolongmu kali ini. Aku hanya boleh menghantarmu ke liang kubur saja. Nanti, akan kubuatkan makam yang indah buatmu.”

Jawapan itu seperti kilat yang menyambar. Si pedagang kini berasa putus asa. Tiba-tiba terdengar satu suara, “aku akan tinggal denganmu. Aku akan ikut ke mana pun kau pergi. Aku tak akan meninggalkanmu, aku akan setia bersamamu.”

Si pedagang menoleh ke arah suara tersebut dan mendapati isteri pertamanya yang berkata begitu. Isteri pertamanya tampak begitu kurus. Badannya seperti orang yang kelaparan. Timbul rasa kesal yang amat sangat di hati pedangang kerana tidak mencintai dan sering mengabaikan isteri pertamanya itu.

Pelajar sekalian, sesungguhnya apa yang berlaku kepada pedagang kaya itu sama dengan apa yang kita lalui. Kita mempunyai empat orang isteri dalam hidup ini:

ISTERI KEEMPAT adalah tubuh kita. Seberapa banyak waktu dan belanja yang kita keluarkan untuk tubuh kita supaya tampak indah dan gagah, semuanya akan hilang. Ia akan pergi begitu saja apabila kita meninggal. Tiada keindahan dan kegagahan yang tersisa saat kita menghadap-Nya.

ISTERI KETIGA adalah status sosial dan kekayaan kita. Saat kita meninggal, semuanya akan berpindah kepada orang lain. Waktu beredar, mereka akan melupakan kita yang pernah memilikinya.

ISTERI KEDUA pula adalah kerabat dan teman-teman. Seberapa pun dekat hubungan kita dengan mereka, mereka takkan mampu bersama kita selamanya. Hanya sampai di kubur sahaja mereka akan menemani kita.

ISTERI PERTAMA adalah jiwa dan amalan kita. Kita sering mengabaikan dan melupakannya demi kekayaan dan kesenangan peribadi. Namun, sebenarnya, hanya jiwa dan amal kita sajalah yang mampu untuk terus setia dan mendampingi ke mana pun kita melangkah. Hanya amal yang mampu menolong kita di akhirat kelak.

DAH ABIS BACA...SO MCMANA NAK SAMBUT JGK?
JIKA MASIH NAK SAMBUT ANDA SAMA LAH SEPERTI MEREKA...
TAK FAHAM? PK LAH SENDIRI...


Walahualam..

~SAY NO TO VALENTINE DAY'S~



Selasa, 10 Februari 2009


layari.

http://pmiupmonline.blogspot.com

Khamis, 5 Februari 2009


~~KUASA ALLAH~~



kuasa ALLAH melebihi segala kekuasaan yg ada di langit dan di bumi
kita sebagai manusia jgn perlu merasa bangga dengan darjat, kemewahan dan segala2nya
kerana itu adalah ujian kepada kamu sama ada kamu beriman kepadanya atau leka dengan kehidupan di dunia.